Kenapa Peniaga Online Tidak Letakkan Harga

Kenapa kebanyakan peniaga online takut nak letak harga?  Murah atau mahal sesuatu barangan yang dijual, pasti jika terdapat pelanggan yang bertanya tentang berapa harga, mesti peniaga online akan komen "pm". Ianya bagaikan sudah menjadi trend dalam perniagaan menerusi internet, peniaga tidak memaparkan harga. Kenapa?



Punca Peniaga Online Tidak Letakkan Harga

Salah satu sebab kenapa peniaga online tidak letakkan harga adalah takut akan persaingan dari peniaga lain. Takut peniaga lain sailang harga. Apabila harga dipaparkan oleh seorang peniaga jualan online. Kesannya, terdapat penjual lain yang sanggup untuk memotong keuntungan bagi drop sales peniaga lain.

Beza Windows Shopping Vs Windows Shopping Online

Ini kerana, cara "Windows Shopping" di internet adalah berbeza dengan cara meninjau sendiri di kedai-kedai yang menjual produk yang hendak kita beli. Kita akan terus tawar menawar kepada pemilik perniagaan tersebut untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki pada harga murah. Manakala Windows Shopping Online pula, pembeli akan mencari maklumat tentang barang yang hendak dibeli terlebih dahulu menerusi internet dan dibandingkan sebelum dibeli.

Tips dan Cara Mengurangkan Persaingan Perniagaan Online

Langkah-Langkah dan Petua Mengurangkan Persaingan Jualan Online. Usahawan yang cemerlang tidak perlu fokus pada persaingan. Tapi hanya perlu fokus mcm mana kita nak bagi perkhidmatan yang terbaik ataupun bertaraf lima bintang kepada pelanggan. Bila berjaya memberikan perkhidmatan yang terbaik, maka secara automatik akan ada repeat buyer, regular customer, dan berkemungkinan perniagaan kita pelanggan kita akan mencadangkan kita kepada jiran-jiran saudara mara dan sahabat mereka.

Jesteru, abaikan sahaja peniaga yang suka sailang harga peniaga yang lain. Buang masa sahaja untuk bersaing dengan golongan seperti ini. Fokuskan betul-betul  kepada perkhidmatan yang kita berikan kepada pelanggan. InsyaALLAH akan berjaya.

0 Response to "Kenapa Peniaga Online Tidak Letakkan Harga"

Post a Comment