Resipi Kerabu Mangga Yang Mudah Ala Thailand

Resipi Kerabu Mangga Mudah Ala Thailand yang sedap dan mudah.

Bahan-bahannya ialah :

- 2 biji Mangga muda
- Beberapa helai Daun kesum
- 1 batang Bunga kantan
- 1 batang Serai Serai
- 1 Cawan Kelapa parut goreng tanpa minyak
- 3 ulas Bawang merah
- 1 biji Bawang besar
- 1 biji Cili merah
- 4 biji Cili padi
- 2 sudu Udang kering
- 1 sudu Sos ikan
- 1 sudu Jus limau nipis
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa

Cara penyediaan :

1. Hiriskan mangga muda secara halus dan memanjang.

2. Masukkan mangga yang telah dihiris ke dalam bekas serta campurkan garam dan air. Gaul sehingga sebati dan biar sebentar agar rasa masam dapat dikurangkan. Toskan airnya.

3. Hiris nipis bawang merah, bawang besar, cili merah, cili padi, bunga kantan, serai dan daun kesum.

4. Tumbuk serai sehingga hancur diikuti dengan udang kering. Masukkan air limau nipis dan tumbuk sebati.

5. Masukkan mangga yang telah digaul ke dalam mangkuk, sekali dengan bahan yang telah ditumbuk, kelapa parut goreng, bahan yang telah dipotong, gula, garam dan sos ikan.

6. Gaul kesemuanya sehingga sebati dan hidang.

Selamat Mencuba.

Resipi Kerabu Mangga Mudah Ala Thailand
Kerabu Mangga

 


0 Response to "Resipi Kerabu Mangga Yang Mudah Ala Thailand"

Post a Comment