Melayu Boleh Abang Curang

Seorang isteri, hendak menguji suaminya bagi melihat apakah tindakan suami nya andaikata dia meninggalkan suami begitu sahaja tanpa sebab. Lalu si isteri telah menulis surat kepada si suami.

"Abang , saya boleh rasakan yang abang curang!Oleh itu, saya ingin keluar dari rumah ini .Halalkan segala makan minum sewaktu kita bersama. Selamat tinggal, Abang".

Selesai menulis surat dan meletakkan nya disisi katil, Si isteri cepat-cepat menyorok di belakang almari di biliknya dengan niat ingin melihat reaksi si suami yang membaca surat tersebut.

Seketika kemudian, si suami pulang dan membaca surat tersebut. Namun setelah membaca surat tersebut, suaminya kelihatan begitu senang hati dan membalas balik surat tersebut dengan menulis sesuatu dibelakang kertas yang telah ditulis oleh isterinya itu. Bersiulan sambil mandi dan terus memakai baju serta wangi-wangian. Suami nya mendail dan bercakap dengan seseorang.

"Hello sayang, akhirnya perempuan itu sedar bahawa aku curang terhadap nya. Bagus dia dah keluar dari rumah ini kerana aku semamangnya tidak patut menikahi dia sejak dulu. Jom, kita berjumpa ditempat biasa untuk meraikannya."

Lalu si suami melangkah dengan teratur keluar dari bilik tersebut, dan terus keluar dengan kereta nya.
Semasa si isteri  mendengar perbualan tersebut, si isteri sebak sehingga menitiskan air mata kerana terlalu sedih, dan apabila suami keluar, si isteri  keluar dari belakang almari untuk melihat apa yang ditulis suaminya. Lalu ia membaca, "gua nampak kaki lu,derrr. gua keluar sekejap, beli roti "

Melayu Boleh

0 Response to "Melayu Boleh Abang Curang"

Post a Comment