Kisah Cinta Alumni Pelajar Universiti Malaya

Terkenang dikala mula-mula berkahwin dahulu. Masih belajar di Universiti Malaya. Tidak ada pekerjaan tetap. Apapun terima kasih kepada mertua yang sudi menerima insan yg serba daif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mereka mengetahui saya tiada  sumber kewangan yang utuh. Saya buat partime sebagai imam rawatib di masjid kerana mahu menyara anak orang sebagai isteri. Dengan bergajikan hanya RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yang mampu untuk dinikmati. Sedangkan bayaran rumah sewa pada masa tersebut adalah RM450 sebulan. Terpaksa saya mengambil keputusan untuk  berniaga secara kecil-kecilan untuk mencari duit tambahan dengan menjual kitab-kitab dan dalam masa yang sama menjalankan home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama untuk pulang ke kampung.

Apa yang buat saya merasa kagum dan saya akan mengingati selamanya ialah pesanan dari seorang isteri : "Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dengan membawa pulang kepada keluarga rezeki yang barakah"...

Dia langsung tidak pernah minta wang untuk  membeli pakaian melainkan apa yang saya belikan. Beg tangan dan Kasut seadanya. Kadang terusik di dalam hati seorang suami untuk membeli sesuatu bagi menggembirakan isteri. Namun, si suami tak mampu.

Rumah flat yang tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yangg terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yang paling bahagia. Detik itulah yang paling sakinah. Payah namun indah. Rumah sempit namun hati lapang.

Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yang kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar untuk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan.

Saya kongsi kisah ini bukan untuk khabarkan sejarah diri semata. Kerana saya tahu rasa saya ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Saya tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yang turut melalui. Bersyukurlah apa yang ada. Sebelum menangis bila dah tiada.

Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dengan kita walau kita tiada nama. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta.

Semoga Allah mengAbadikan bahagia ini hingga ke syurga.

sumber : fb

Kisah Cinta Dan Perkahwinan Pelajar Universiti
Kisah Cinta Imam Muda

0 Response to "Kisah Cinta Alumni Pelajar Universiti Malaya"

Post a Comment