Youtube Mojo di Final Ajl 29

Sensasi baru senisuara tanahair berjaya ditemui malam tadi dengan kemunculan Caliph Buskers yang diundang Edry dan Mojo untuk menyampaikan lagu Roman Cinta sekaligus memenangi kategori Persembahan Terbaik AJL malam ini. Tiada siapa menduga persembahan vokal amat mantap dari penyanyinya Azmi yang berasal dari Felda Tenggaroh, Mersing , Johor itu. Persembahan vokal yang bukan sahaja mengagumkan malah jujur dan menyentuh perasaan. Kumpulan berstatus OKU ini sering menghiburkan umum di sekitar Kuala Lumpur . Thanks to Edry yang mengetengahkan bakat kumpulan ini , semoga Caliph Buskers akan terus bersinar dan berjaya di persada industri muzik Malaysia.

Keputusan Anugerah Juara Lagu Ke 29

Juara 

Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar

Tempat Kedua 

Shila Amzah – Masih Aku Cinta

Tempat Ketiga 

Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga

Vokal Terbaik

Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga

Persembahan Terbaik

Mojo & Caliph Buskers – Romancinta


0 Response to "Youtube Mojo di Final Ajl 29"

Post a Comment