Agah Nok Cakak Orang Puteh Kata Orang Ganu



KUALA TERENGGANU, 30 Januari:

Papan tanda melarang orang ramai mandi manda di beberapa kawasan pantai peranginan yang bahaya, memang biasa.
Tetapi, apa yang luar biasa bagi satu papan tanda di Kuala Terengganu ini adalah terdapat kesalahan nyata dalam terjemahan bahasa inggeris.

“Kawasan ini tidak selamat untuk mandi dan berenang”, telah diterjemah sebagai “This region did not survive to bathe or swim”.

“Kesalahan satu atau dua ejaan masih boleh diterima, tetapi dalam kes ini, keseluruhan ayat dan perbendaharaan kata yang digunakan jauh  daripada menepati maksud ayat dan menyalahi tata bahasa Inggeris,” kata seorang pembaca yang mengirimkan gambar kepadaThe Rakyat Post.
Lebih menjengkelkan, tertera jelas arahan berkenaan dikeluarkan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Nyata pihak yang bertanggungjawab menyiapkan papan tanda berkenaan mengambil jalan mudah tanpa merujuk kepada istilah dan frasa yang diguna pakai, sebaliknya melakukannya secara semberono dengan  menggunakan terjemahan daripada internet.

Memandangkan ia papan tanda awam,  situasi yang berlaku boleh memberi persepsi buruk terhadap kerajaan negeri khususnya tahap penguasaan bahasa Inggeris di negeri itu.
Justeru, kesilapan yang berlaku amat memalukan, kerana pantai berkenaan menjadi tumpuan bukan sahaja pengunjung tempatan tetapi juga kepada pelancong asing.

Sumber : The Rakyat Post

0 Response to "Agah Nok Cakak Orang Puteh Kata Orang Ganu"

Post a Comment